segala pujian bagi Allah yang masih menyatukan jasad dan ruh ini..
segala pujian bagi Allah kerana aku masih mampu bernafas dengan oksigen pemberianNya..
semoga hatiku terus ditetapkan di atas jalan ini..
satu-satunya jalan yang diredhai disisiNya, jalan Islam..
kerana jalan ini penuh ketenangan, penuh kerahmatan..
aku merasainya dan ingin terus merasainya dan merase dan rase.. errkkkk..
rasenya pagi ni sikit je senyuman diukir dibibir ini..
so, nak senyum sekarang (sedang tersenyum)
alhamdulillah.. barulah comey..
hehehe..
baru tadi aku abis exam pathophysiology..
midsem exam..
aku keluar sebelum masanya..
bukan sebab soalan senang sangat..
tapi td tiba-tiba rasa nak keluar dr bilik peperiksaan tersebut..
setelah semak semua jawapan, aku pun angkat tgn..
kertas periksa diambil..
beredar ke library, buka morpheus, ada assignment baru kena hantar esok..
yurp, esok.. huhu..
tak taulah bila Dr. post soalan tu..
susah juge lau tak online morpheus slalu...
dapat homework mengejut-mengejut je..
dugaan, dugaan..
tibe-tibe teringat satu ketika dahulu..
saat berbulatan gembira..
aku mmberi pengisian tentang ujian, dugaan kehidupan...
satu frasa yang aku gunakan, dicedok, dimodify dari sebuah buku yg dipinjam dr surau..
'kalau sayang isteri tinggal-tinggalkan,
kalau sayang anak, tangan-tangankan,
kalau sayang Allah kepada kita diberi ujian kehidupan..'
haaa.. prasyarat untuk tnjukkan Allah ingat kita, Allah sayang kita ialah melalui ujian yg Dia berikan, disamping untuk melihat ketulusan hambaNya dan menguji tahap keimanan hambaNya..
so, jangan sedih-sedih bila diuji.. percayalah, semua yang terjadi tidak sia-sia.. ada hikmah dan ganjaran yang menanti.. malaikat senantiasa siap siaga untuk mencatat segala perbuatan kita. kalau dahulu, umat Islam menangis sebab merasakan dah tiga hari Allah tidak memberi ujian padanya, apabila hidup mereka smooth je, tapi kita pula jgn terlalu bersuka ria, bersenang hati,
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiriKu (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepadaKu berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepadaKu dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” [Riwayat Muslim]
sekian for this entry..
assalamualaikum..